
Selamat Datang ke
AMERU
AKADEMI MEMANAH BERKUDA RUBINGA
CONSISTENCY - ACCURACY - SENSITIVITY

Latar Belakang Akademi Kami
Melahirkan Generasi Pemanah Ulul Albab
Sejak pembukaannya, Akademi Memanah Berkuda Rubinga berpeluang membantu ramai pelajar menguasai kemahiran asas, memahami teknik baharu dan berkeyakinan tinggi untuk melonjak jauh dalam mempelajari ilmu memanah. Dikenali sebagai antara akademi memanah bermodul yang terbaik di kawasan Gombak, kami menyediakan kursus dan kelas untuk pelajar-pelajar dari pelbagai latar belakang dan peringkat.
KELAS DAN PROGRAM
TRADITIONAL ARCHERY PATHWAY
MODULE BY AMERU
STAGE I - THIRD CLASS BOWMAN
10-MONTHS PROGRAM
BASIC COMPETITION - ACADEMY LEVEL
STAGE II - SECOND CLASS BOWMAN
10-MONTHS PROGRAM
ADVANCED COMPETITION - REGIONAL LEVEL
STAGE III - FIRST CLASS BOWMAN
10-MONTHS PROGRAM
ELITE COMPETITION - STATE / NATIONAL LEVEL
HORSEBACK ARCHERY
HORSE RIDING BEGINNER COURSE I
HORSE RIDING BEGINNER COURSE II
HORSE RIDING FOR HORSEBACK ARCHERY COURSE
​
PROGRAM TAHUNAN
Setiap tahun pihak akademi akan menjalankan beberapa program bagi memantapkan lagi prestasi pelajar dari segi mental, fizikal, emosi, dan kerohanian.

RUBINGA CUP
Cabaran Sebenar
Rubinga Cup adalah pertandingan memanah dan memanah berkuda terbuka untuk semua atlet bertanding di Rubinga Equestrian Park bagi mencipta nama sebagai pemenang.
Pertandingan ini dijalankan setiap tahun dan merupakan pertandingan tertinggi yang dianjurkan oleh pihak Rubinga.

PESTA MEMANAH TUNAS AMERU
Pencapaian Luar Biasa
Pesta Memanah Tunas Ameru adalah pertandingan memanah kanak-kanak dan remaja yang melibatkan beberapa akademi memanah lain di negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan.
Pertandingan ini khas bagi pelatih akademi sahaja dan merupakan pertandingan persahabatan bersama akademi lain.

MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI
Mengeratkan Silaturahim
Majlis Sambutan Aidilfitri dijalankan bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara pelajar, ibubapa, pihak pengurusan, dan tenaga jurulatih.

MAJLIS GRADUASI PEMANAH
Kepuncak Kejayaan
Majlis Graduasi dan Kenaikan Bengkung Pemanah akan dijalankan setelah pelajar menamatkan setiap peringkat memanah dan graduasi bagi yang telah menamatkan kesemua peringkat.
KELEBIHAN AKADEMI INI
JURULATIH YANG BERPENGALAMAN
PERALATAN MEMANAH DISEDIAKAN
MODUL MEMANAH ULUL ALBAB
PENERAPAN NILAI DAN PERIBADI MURNI
BARISAN KEJURULATIHAN

Asyraf Sahat
Ketua Jurulatih
Coach Asyraf mempunyai lebih 15 tahun dalam memanah tradisional dan modern. Beliau juga mempunyai beberapa sijil kejurulatihan dari pelbagai badan memanah tradisional dan sijil kejurulatihan dari Institut Sukan Negara. Modul akademi ini dibina untuk melahirkan generasi pemanah Ulul Albab dengan cara pembelajaran mengikut sistem yang terbaik.

Srikandi Farah
Jurulatih I
Coach Farah berpengalaman melatih pemanah tradisional selama 7 tahun, dengan kepakaran dalam teknik turki dan memanah berkuda.

Syabil Nu'man
Jurulatih II
Coach Syabil adalah seorang kaunselor sukan yang sangat komited memberikan sokongan dan bantuan motivasi kepada pelatih untuk mencapai potensi mereka. Kepakaran beliau adalah dalam ground archery.
SENARAI YURAN DAN HARGA
HORSE RIDING BEGINNER COURSE
RM300
4 sessions
45 minutes per session
One-on-one session
Minimum age: 6+
Maximum weight: 100KG
Kursus ini sesuai untuk semua peringkat umur.
Terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk menceburi bidang menunggang kuda.
Pelajar akan dilatih sehingga mahir oleh Jurulatih yang berkelayakkan.
Tekan link di bawah untuk pendaftaran.
AMERU FAST-TRACK PROGRAM
JADUAL KELAS
MEMANAH TRADISIONAL
SABTU & AHAD
9:00 AM - 10:30 AM
SESI 1
10:30 AM - 12:00 PM